Saturday, June 4, 2011

Ceritera 1

Aku terjaga saat jam 4.30 pagi. Astaghfirullahalazim aku belum solat isyak lagi. Kepenatan semalam menyebabkan aku syahid selepas maghrib. Aku bergegas mengambil wuduk dan menyempurnakan tiang agamaku. Ya Allah, semoga taubatku diterima. Sementara menunggu subuh, aku termenung seketika. Dua hari lagi pembentangan kajian akan berlangsung. Poster kajian terletak kemas di atas rak buku itu. Poster itu terlalu sensitif dengan air. Makanya aku letakkan ia di tempat tinggi supaya air tidak akan menyentuh aset berharga ini. Ahh aku terlalu protektif.Tetapi hati ini tidak tenang. Apakah poster itu masih selamat?Kadang-kadang aku rasa diri ini obsessive compulsive. Atas rasa gundah yang tidak tentu arah, aku memanjat katil dan mencapai poster kesayangan. Prang!! Hampir terkeluar jantung. Bunyi apakah? Terkejut apabila melihat hujung poster terkoyak dek terkena kipas. Jantungku mula berombak. OTTOKE ottoke..Apa dah aku lakukan ni? Aku cuba bertenang dan berharap ini hanyalah mimpi buruk. Tetapi apa yang berlaku ternyata benar belaka. Aku cuba melelapkan mata tetapi ketakutan telah membalut diriku. Lantas aku berfikir dan satu perkara yang muncul di benak adalah poster yang baru. Aku menghantar pesanan ringkas kepada beberapa orang rakan untuk bertanyakan tentang kedai cetak. Jam 9 pagi aku bertemu dengan ketua kumpulan mengadu hal yang satu. Dengan rasa rendah diri aku menceritakan segalanya. Mujur dia tenang dan telah menjangka sesuatu telah berlaku. Daripada pengalaman ini, aku simpulkan mungkin Allah sedang menguji aku dan mungkin juga balasan kerana menangguhkan solat. Ya Allah, ampunkan dosa hamba yang kerdil dan hina ini.

Friday, November 12, 2010

Fikir dan Zikir

Pernah tak kamu mendapat pujian atau kritikan? Di dalam dunia yang saya ceburi ini, boleh dikatakan 80% adalah kritikan. Saya setuju dengan kata-kata teman serumah, orang yang 'obsessive compulsive disorder' layak menjadi doktor. Mereka punya kebolehan berfikir yang tinggi dan sentiasa mahukan kesempurnaan. Saya sudah perhatikan seorang doktor yang begitu mahukan kesempurnaan sehingga semua orang menghadapi tekanan.

Sebenarnya kita yang menentukan diri kita bukan orang lain. Memang kritikan dan pujian itu perlu. Jika mendapat kritikan cuba muhasabah diri dan perbetulkan jika ianya positif dan jangan cepat melatah. Tapi jika ianya terlalu menyakitkan hati selalunya saya akan abaikan. haha. Pujian adalah bonus kepada diri. Tapi jangan pula riak disebabkan pujian tersebut. Ucapkan Alhamdulillah.

Hidup ini penuh dengan kritikan dan cabaran. Jika kamu rasa begitu tenangkan hatimu dengan melihat ke langit. Di sana kamu temukan ciptaan agung PenciptaMu. Maka kamu akan tidak henti-henti bersyukur kerana kamu punya mata untuk melihat keindahan warna. Kamu bukanlah orang yang paling malang. Ada lagi yang dalam kesusahan.


Bercakap tentang keindahan langit saya suka melihat senja. Kita boleh lihat dengan mata dan perspektif itu berada di dalam mata kita. Subhanallah. Doktor bidang mata berpeluang melihat senja di dalam mata setiap hari. Salah satu keajaiban ciptaanNya.

Tough day

Alhamdulillah..
What a tough last day of ophthalmology posting..i would like to share what i've done today
8.00 went to clinic but nobody was around except medical assistants and patients.
8.45 accompany zatel checking a middle age lady with history of diabetes mellitus. In my mind, she might be has diabetic retinopathy. Alhamdulillah, i manage to see laser mark, hard exudate, macula hole. Yosh i got another signature.
9.00 searching other patient in other clinic.
10.00 Dr OO isolated us outside for mini clinical exam. Dap dup dap. So nervous for this formal 'minic-ex'.huhu
10.30 berlari sekejap untuk Hess tess and binocular single vision demi untuk memenuhkan logbook. Tade rezeki pulak nak tengok Hess test. Dr dah panggil exam kat wad pulak.
11.00 Exam mode. I got a corneal ulcer patient with cornea abrasion at 8 o'clock of the left eye with cornea haziness. The fundus is just normal. My finding was overexpectation. Thank god my supervisor is an understanding person. Ya Allah yang memegang hati hambaNya, lembutkanlah hati dia.
12.00 Rushing for case presentation at Bilik Sumber. Set up everything and waiting for others.
2.00 break for eating and praying
3.00 Dr had emergency OT. So we went to clinic, medical ward, opthal ward, and end up at pediatric ward to find a fundus. There is a case of a 1 year old boy with leukocoria of the right eye. Such a cute boy but has to face a difficulty in a young age. He might be has retinoblastoma but still in investigation.
4.00 continue presentation until 5.00

What a tough, interesting, nervous, tired and experienced day...i need to reward myself..:P

Saturday, October 9, 2010

Randomly sad

Pernah tak anda gagal?? Gagal dalam exam, gagal buat sesuatu kerja dengan baik. Oh dunia penuh dengan persaingan. Aku gagal dalam satu subjek penting. Pediatrik. Aku dapat merasakannya sebelum keluarnya result. Sepatutnya, aku harus redha dengan keputusan itu. Aku tidak dapat berundur lagi. Semuanya telah terjadi.

Tapi perkara tersebut berbekas di hati. Aku rasa rendah diri. Aku rasa diriku tidak layak untuk berada di sini. Semua orang memandang rendah padaku. Semua pandang slack je. Saat semua teman-teman bergembira aku hanya tersenyum seolah-olah tumpang gembira di atas kejayaan mereka. Tapi di dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Aku tidak menangis. Aku tidak beritahu ayah ibu. Pasti mereka risau dan kecewa. Oh Tuhan aku sudah melakukan kesilapan besar.

Tapi di satu sudut positif, aku tahu pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah tahu apa yang terbaik untukku. Dia mahu aku belajar erti kegagalan. Kegagalan menuntut pengorbanan. Aku harus berusaha lebih kerana masa depanku adalah nyawa seorang pesakit. Aku tidak mahu menjadi seorang doktor yang akan menyebabkan kematian seorang pesakit. Aku harus terus hidup dengan fikiran positif. Persetankan segala fikiran negatif.

Ini fikiran kurang matang saya. Kalau kamu fikir saya bodoh, ye saya memang jahil. Saya sangat letih menjadi pandai. Saya ingin menangis sepuasnya. Saya mahu pergi merantau jauh dari sini supaya tiada siapa kenal saya dan bina hidup baru.

nota kaki: jika kamu tergolek-golek bace post ini, abaikan. saya tiada masa layan kamu. oh no am i psycho??

Saturday, August 7, 2010

Silent killer

Mood mencoret di blog membuak-buak. Banyak je kerja sebenarnye. Minggu ni perlu hantar case report dan PBL slides. Ganbatte ganbatte. Semangat perlu ada. Lemah semangat itu bisikan syaitan.

Pada ketika ini saya sudah berada di rumah. Perjalanan dari KL ke Kamunting selama 4 jam lamanya tu saya tak peduli. Bas bertolak pukul 5 petang pun saya hiraukan. Tunggu lama kat perhentian bas pun saya tak kisah walaupun penat menunggu. Hati saya sudah terlalu rindu pada mama, abah, dan rumah tersayang. Serius saya sangat suka rumah saya. Ketenangan hadir di rumah ini. Saya agak tertekan sejak akhir-akhir ini dengan faktor persekitaran. Asyik tertekan je kan. Mesti u ol boring dengar kan??

Pagi tadi abah bawa kami ke Kuala Kangsar. Saje makan-makan tepi sungai Kuala. Teringin kata mama. Tak banyak yang berubah. Kami jalan-jalan di deretan kedai selepas selesai makan. Ternampak sebuah kedai buku agama. Kedai nampak tidak menarik tetapi di kedai tu juga saya jumpa buku yang saya cari. Apa ertinya memeluk Islam? Alhamdulillah jumpa juga buku ini. Mama menunjukkan sebuah buku 'Menangani kegelisahan' kerana saya mengadu padanya yang saya stress. InsyaAllah buku ini mungkin dapat membantu. Saya sedar sekarang saya terlalu memikirkan masalah sehingga perasaan saya terganggu.

Doakan saya cepat sembuh ya. Sebab stress yang melampau adalah silent killer.

nota: mari taip ce we uu laju-laju

Saturday, July 31, 2010

Reflection part 1

"Ok, present your finding"
"From inspection, a young girl is lying supine supported with a pillow, she is alert, cooperative, no cyanosis"
"What does it mean to you? You are so negative!! It should be pink!"

I'm startled with that statement. He is so fierce with his funny face. I'm terribly ashamed. Meanwhile, he made me think i'm the lowest organism in this biggie world. Therefore, i should begin my statement with positive thinking in mind.

"Respiratory rate is 32 beats per minute which is normal. From peripheral inspection, there is no peripheral cyanosis..not again..it is pink, no clubbing. The pulse rate is 60 bpm...err

"What?? is it??in this child?? What the normal pulse rate in 4 year old child?"
"100-120bpm"
"So?? ..you act like a robot.You do it without thinking. Do it again!!
I put my index and middle finger to the radial artery of this child. Hey, he notice me putting my fingers not at the correct place. Again!! It should be more lateral part. I'm start counting..1,2,3..24 times 4 is 96!!
Haish..wrong again.

What you should tell me about the pulse rate??
huh..blurr??
rate, rhythm, and volume
"It is regular and good volume. There is no collapsing pulse"
"Haish..collapsing pulse is only done if high volume pulse..Does she has high volume pulse??"
Damn..wrong again..

"Ya Allah, dengan ilmu ini, ikhlaskan hatiku untuk berbakti di jalanMU. Ya Allah, lenyapkan perasaan bersedih hati dan ragu-ragu. Telahku pilih jalan ini sebagai jalan untuk lebih dekat padaMU, permudahkanlah bagiku" Amin.

Kadang-kadang, aku mudah bersedih tapi segalanya kupendam. Aku mudah tertawa tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Mereka berkata, aku tidak banyak bercerita. Ya. memang banyak yang ingin kucerita tapi siapa yang sudi menadah telinga untuk dugaan sekelumit ini. Tiada siapa yang boleh kuluahkan kesedihan ini kerana aku tahu mereka lebih banyak masalah dariku. Hanya kepadaMu ya Allah kuluahkan segalanya.


Sunday, July 25, 2010

Pada suatu ketika dulu

Afiq dilahirkan pada 6 January 1998 pada usia kandungan 34 minggu melalui pembedahan di Hospital Universiti. Selepas 3 hari dilahirkan Afiq di benarkan pulang. Sejak dilahirkan lagi ia mengidap sakit kuning dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memulihkannya tetapi tidak berjaya. Apabila di dapati kuningnya bertambah, pada 29 january 1998 saya bawa Afiq ke hospital Universiti untuk mendapat rawatan dan ia telah ditahan di wad.

Setelah dibuat ujian demi ujian keatas Afiq sehingga tak tertahan untuk melihat dan usianya telah mencecah 9 minggu (7 minggu di hospital) barulah doktor dapat mengesan penyakitnya (Biliary Atresia) melalui satu rawatan yang diberi nama HIDA scan. Selepas itu satu keputusan telah dibuat dimana ia perlu di bedah (Kasai ) secepat mungkin. Walaupun doktor mengatakan peluang untuk sembuh agak tipis kerana sudah terlewat, memandangkan tiada kaedah lain untuk rawatan Afiq selain pembedahan tersebut kami terpaksa akur.

Beberapa bulan selepas di bedah doktor mendapati pembedahan itu tidak berjaya dan doktor menasihatkan saya sekeluarga supaya menukar hati Afiq (Liver Transplant) jika mahu ia terus hidup seperti kanak-kanak lain.



Pada ketika itu pembedahan pemindahan hati masih tidak dapat dilakukan di Hospital kerajaan. Mujurlah Hospital Subang Jaya dapat melakukannya dibawah kelolaan Datuk Dr. KC Tan seorang rakyat malaysia yang membuka liver centre di Gleneagles Hospital singapura dan SJMC di malaysia. Kos perubatan dan pembedahan menjangkau RM300 ribu dan syukur atas kemurahan rakyat dan syarikat di malaysia yang membantu membiayai pembedahan tersebut.

Pembedahan hati Afiq telah dilakukan pada 3 April 1999 dimana Wan Mohd Hafizam telah mendermakan sebahagian hati dan pembiayaan pembedahan tersebut telah dibiayai oleh orang ramai dan syarikat-syarikat swasta terutamanya pihak Maybank yang telah menderma sebanyak RM 200,000.

Pembedahan itu telah berjaya dan Afiq kini telah kembali normal seperti kanak-kanak yang lain.

CRedit to: http://www.afiqzam.com/profile_afiq.htm